Nallu dicari bantu siasatan rasuah - Utusan Malaysia

Nallu dicari bantu siasatan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang individu bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.

SPRM dalam kenyataan berkata, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Nallu atau Nathan, berumur dalam lingkungan 30an dipercayai menetap di sekitar Cyberjaya dan Puchong, Selangor.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penguasa Ahmad Firdaus Hashim di talian 017-552 0525 atau e-mel ke alamat [email protected],” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya