Pelitup muka: Empat dikompaun di Terengganu - Utusan Malaysia

Pelitup muka: Empat dikompaun di Terengganu

ROSLEE CHIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Empat individu dikompaun di negeri ini kerana tidak memakai pelitup muka pada hari pertama penguatkuasaan peraturan itu, kelmarin.

Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik berkata, kesemua lelaki itu dikompaun di Pantai Bukit Keluang, Besut dalam Op Covid-19 antara pukul 4 petang hingga 12 tengah malam.

“Keempat-empat mereka berusia antara 18 hingga 27 tahun,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bermula 1 Ogos, pemakaian pelitup muka diwajibkan dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak tumpuan umum seperti pasar tani, pasar raya, taman rekreasi serta tempat pelancongan.

Arahan sama turut terpakai di semua stesen pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), perkhidmatan e-hailing dan bas.

Roslee berkata, kompaun RM1,000 itu dikeluarkan mengikut perkara 10, Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB)(No 7) 2020. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya