Saya tidak terkejut, dari awal sudah jauh ketinggalan – Adly Zahari

Saya tidak terkejut, dari awal sudah jauh ketinggalan – Adly Zahari

ADLY Zahari ketika sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PH di Melaka hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Datuk Seri Adly Zahari mengakui tidak terkejut dengan kekalahannya dalam mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Beliau berkata, keputusan itu sudah dijangka mengambil kira kedudukan PH yang ketinggalan kira-kira 5,000 hingga 6,000 undi berdasarkan perkiraan awal sebelum kempen berlangsung.

Katanya, keadaan itu akhirnya diterjemahkan menerusi undi kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang memberi kesan kepada persaingan di kawasan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memanglah kita tahu seperti yang saya sebut dari awal, di Bukit Katil, Perikatan Nasional (PN) di atas kertas kita ketinggalan sekitar 5,000 hingga 6,000 undi.

“Jadi, ia diterjemahkan dalam bentuk undi kerjasama BN dan PN. Bagaimanapun, kita menghormati keputusan masyarakat di Bukit Katil dan juga rakyat di Melaka.

“Saya tidak terkejut kerana saya tahu dari awal kedudukan saya jauh ketinggalan. Jadi, saya cubalah mengejar dalam tempoh 14 hari, tetapi tidak sempat,” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PH di sini hari ini.

Adly yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah tewas dalam usaha mempertahankan kerusi DUN Bukit Katil kepada calon PN, Muhammad Ridzuan Mohd. Sarif berdasarkan keputusan tidak rasmi PRN Melaka malam ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini