Harussani dimasukkan ke hospital akibat strok - Utusan Malaysia

Harussani dimasukkan ke hospital akibat strok

HARUSSANI ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini hari ini setelah dipercayai terkena serangan strok.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd. Akmal Kamarudin yang mengesahkan perkara itu berkata, beliau dimakumlan mengenainya oleh Jabatan Mufti Perak.

Menurutnya, berdasarkan maklumat terbaharu, Harussani masih lagi dalam pemantauan rapi hospital berkenaan setelah diserang strok selepas menunaikan solat Subuh.

“Saya belum sempat menziarahi beliau hari ini dan masih menunggu laporan doktor mengenai keadaan kesihatan beliau,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Akmal  turut meminta seluruh rakyat mendoakan kesejahteraan Harussani.

“Saya minta rakyat mendokan Tan Sri Mufti yang kita sayangi agar sembuh seperti sedia kala. Kita masih memerlukan khidmat beliau,” katanya.

Harussani, 81, dilantik sebagai Mufti Perak sejak 1985 sehingga kini.

Belian turut memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun Pusat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya