Aktiviti perjudian Segamat maklumat lama - Utusan Malaysia

Aktiviti perjudian Segamat maklumat lama

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dakwaan tular dalam media sosial  bahawa wujudnya kegiatan perjudian di Segamat merupakan maklumat lama dengan tindakan telah diambil oleh polis pada sebelum ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya telah menjalankan operasi bersepadu bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan memotong bekalan elektrik.

Katanya, selain itu tindakan kompaun telah diambil pihak berkuasa tempatan (PBT) pada sebelum ini.

“Sehingga kini, premis tidak lagi beroperasi termasuklah perniagaan kopitiam.

“Polis Johor justeru itu telah mengambil pendekatan bersepadu bersama TNB dan PBT dalam memerangi kegiatan perjudian di negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas dakwaan tular ekoran hantaran Facebook Malaysia Crime Watch-My Watch yang mengatakan terdapat kegiatan perjudian di Segamat.

Dalam pada itu, Ayob Khan mengingatkan orang ramai agar menyemak kesahihan sesuatu berita kerana perkara ditularkan itu tidak semestinya benar.

Namun katanya, pihak polis sentiasa peka kepada sebarang maklumat yang disalurkan oleh orang ramai.

“Walau bagaimanapun pasti maklumat disebarkan itu tidak mempunyai niat atau kepentingan orang lain.

“Polis Johor amat mengalu-alukan maklumat orang ramai dan berharap tidak menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan ketenteraman awam dan masyarakat,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya