2 buah rumah di Jelutong musnah terbakar - Utusan Malaysia

2 buah rumah di Jelutong musnah terbakar

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jalan Perak dibantu Pasukan Bomba Sukarela bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di Kampung Masjid, Georgetown. UTUSAN/AMIR IRSYAD OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Dua buah rumah berpenghuni di Kampung Masjid, Jelutong di sini musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran.

Api yang marak di kediaman jenis separa kayu itu berjaya dipadamkan.

Tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kebakaran itu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya