'Spot check' pemakai gelang pink - Utusan Malaysia

‘Spot check’ pemakai gelang pink

DR. Teh Muthmainnah Md. Suhaimi (kanan) mengadakan pemeriksaan mengejut ke rumah seorang pemakai gelang tangan merah jambu pengesanan Covid-19 di sekitar Pasir Puteh, Kelantan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Empat pemakai gelang tangan merah jambu pengesanan Covid-19 yang menjalani kuarantin di rumah masing-masing di sini, dikunjungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pasir Puteh yang melakukan pemeriksaan mengejut ke atas mereka hari ini.

Pegawai Kesihatan Epid PKD Pasir Puteh, Dr. Teh Muthmainnah Md. Suhaimi berkata, pemeriksaan itu bertujuan memastikan peraturan kuarantin selama 14 hari dipatuhi setiap pemakai ‘gelang pink’ berkenaan.

Katanya, semasa pemeriksaan tersebut, empat individu berkenaan didapati patuh dengan arahan kerajaan untuk berada di rumah.

“Sebelum ini, terdapat satu kes yang mana seorang pemakai gelang pink melanggar arahan kuarantin di rumah. Hasil kerjasama orang ramai, kita berjaya mengesan individu tersebut.

“Individu memakai gelang pink ini adalah mereka yang pulang dari luar negara. Kebanyakan mereka adalah pelajar selain anggota keselamatan,” katanya selepas melakukan pemeriksaan mengejut itu.

Pemeriksaan di sekitar Selising, Saring dan Semerak berkenaan turut disertai anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dr. Teh Muthmainnah berkata, setiap hari anggota polis mengadakan lawatan ke rumah pemakai gelang pink bagi melihat kepatuhan mereka terhadap perintah kuarantin.

Katanya, orang ramai tidak perlu panik sekiranya terlihat PKD bersama anggota polis dan ATM turun padang membuat pemeriksaan di kawasan mereka.

“Pemeriksaan itu bukan bermakna kawasan tersebut positif Covid-19, sebaliknya hanya pemantauan kepada individu memakai gelang pink.

“Kalau ada kes positif jangan bimbang kita akan terus bawa mereka ke hospital untuk rawatan lanjut,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.