Bersatu pecat Dr. Shahruddin - Utusan Malaysia

Bersatu pecat Dr. Shahruddin

Dakwaan berpecah cubaan lemahkan Bersatu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memecat keahlian Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengesahkan perkara itu dan memaklumkan keahlian Shahruddin terhenti serta-merta menurut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan parti.

“Bersatu mengesahkan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh sudah mengeluarkan notis pemakluman Yang di-Pertua Dewan Rakyat berkaitan kedudukan kerusi beliau yang tidak bersama blok kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Presiden dan pemangku Pengerusi Bersatu.

“Oleh demikian, adalah dimaklumkan bahawa keahlian beliau (Shahruddin) terhenti secara serta-merta menurut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hamzah turut memberi amaran kepada ahli-ahli parti yang menyokong atau bersama bekas pemimpin Bersatu yang telah terlucut keahlian dalam kempen memburukkan nama baik parti itu.

Katanya, parti tidak teragak-agak mengenakan tindakan disiplin terhadap mana-mana ahli yang melanggar dan menyalahi Perlembahaan parti.

Dr. Shahruddin pada 4 Jun lalu mengumumkan peletakan jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya selepas mengakui melakukan ijtihad politik yang kurang tepat dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya seharusnya meletakkan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi di Parlimen Sri Gading telah memilih parti Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Sebagai langkah awal bagi saya membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh Perdana Menteri daripada kerajaan PN,” katanya dalam surat peletakan jawatan yang dilaporkan tular dalam media sosial.

Pada 10 Julai lalu, dalam satu kenyataan bersama, Shahruddin bersama lima ahli Parlimen bekas ahli Bersatu termasuk bekas Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan membentuk blok bebas bersama Parti Warisan Sabah (Warisan).

Turut tersenarai Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar); Dr. Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya