Kenapa DAP boleh dahulukan rakyat, PN tak boleh?

Kenapa DAP boleh dahulukan rakyat, PN tak boleh?

SUHAILI ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemimpin Perikatan Nasional (PN) dipersoal berhubung penolakan draf perjanjian persefahaman (MoU) berbanding DAP yang bersetuju suatu ketika dahulu semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman berkata, MoU yang meletakkan syarat untuk menyokong kerajaan bukan dari segi politik semata-mata tetapi untuk kestabilan politik dan ekonomi negara dengan memetik pengukuhan ringgit baru-baru ini.

Beliau turut mendakwa, tindakan PN menolak MoU secara buta tuli menandakan mereka masih ingin menjatuhkan Kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mungkin ada syarat dalam draf MoU tersebut yang tidak berpihak kepada mereka, tetapi PN sepatutnya bersetuju membangunkan negara, yang mana hasilnya adalah kestabilan politik dan kemasukan pelaburan luar dalam negara.

“Sebelum ini, DAP pernah bersetuju dengan syarat MoU peruntukan yang dikemukakan oleh Ismail Sabri, kenapa PN tidak boleh berbuat sedemikian?

“Sekiranya mereka masih tidak bersetuju dengan syarat draf MOU tersebut, maksudnya mereka masih mahu menjatuhkan Anwar. Rakyat sudah muak dengan perkara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, tiada keperluan mewujudkan draf perjanjian yang baharu bagi menyalurkan peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Jelas Fadillah, draf MoU yang di-serahkan kepada PN sebelum ini adalah asas kepada perbincangan antara kedua-dua pihak.

Mengulas lanjut, Suhaili berkata, isu 3R (raja, agama dan kaum) yang diperkatakan dalam draf MoU boleh dirunding de­ngan baik, namun telah menjadi sukar berikutan pemimpin PN memilih untuk mengeksploitasi rundingan itu dengan mendedahkannya kepada media.

“Kalau rundingan dengan kerajaan telah dieksploitasikan melalui media, ini bermakna mereka hanya mencari publisiti.

“Sepatutnya PN buat pengundian mengenai draf MoU tersebut dalam kalangan semua ahli mereka, siapa yang bersetuju atau tidak. Jika tidak, sampai habis penggal rakyat tidak mendapat peruntukan kawasan mereka,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×