Pas garis tiga fokus hadapi cabaran politik

Pas garis tiga fokus hadapi cabaran politik

Bukan Melayu tidak peduli jika Pas mahu bukan keahlian parti itu kepada kaum lain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Dewan Ulama Pas Pusat menggariskan tiga fokus utama selaras dengan tema Kesatuan Asas Kekuatan bagi menangani pelbagai cabaran iklim politik negara akan datang.

Ketuanya, Datuk Ahmad Ya­haya berkata, fokus utama ia­lah dari aspek kesatuan politik dalam menerajui perubahan ummah yang semakin rencam dengan pelbagai pengaruh lua­ran dan tekanan yang semakin mencabar.

Tegasnya, Dewan Ulama ha­rus membawa wacana pe­nyatuan ummah ke tengah ma­syarakat supaya ia kembali dihayati oleh masyarakat khususnya kelompok Melayu-Islam serta dalam masa yang sama tidak meminggirkan golongan bukan Islam.

“Sudah sampai masanya po­litik umat Islam disatukan kembali di bawah satu panji setelah sekian lama berpecah-pecah. Kita tidak boleh membiarkan masyarakat terus hanyut dek kerana pelbagai tekanan seper­ti ekonomi yang mencabar sehingga mereka lupa perjuangan menegakkan politik Islam.

“Perlu diingatkan pihak musuh Islam atau yang ada agenda menjatuhkan Pas akan terus mengambil kesempatan dan memakan sedikit demi sedikit sendi keutuhan negara ibarat seekor beluncas yang memakan sekeping daun,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, beliau menyam­paikan ucaptama sempena Muk­tamar Tahunan Dewan Ula­ma Pas Pusat Kali ke-63 yang dirasmikan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di Kompleks Imam Syafie ( KIAS) Kampung Temin dekat sini semalam.

Tegasnya, hanya dengan pe­nyelesaian Islam dan penya­tuan politik umat Islam yang kukuh adalah jawapan kepada permasalahan yang ada hari ini di mana Islam digeruni dan dihormati

Tambah beliau, aspek kedua yang dijadikan penekanan ialah kesatuan berpaksikan intelek­tual dan ilmu pengetahuan, dan ketiga ialah kesatuan dalam memartabatkan institusi pendidikan agama di mana Dewan Ulama perlu memartabatkan institusi pendidikan agama di kawasan masing-masing.

Justeru itu Dewan Ulamak perlu menjadi frontliner atau barisan hadapan dalam mengetengahkan wacana intelektual Islam di tengah masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×