Hamas beri kata dua jika Israel degil guna tekanan tentera

Hamas beri kata dua jika Israel degil guna tekanan tentera

PENUNJUK perasaan berarak semasa protes antikerajaan menggesa pembebasan tebusan yang ditahan di Gaza, berhampiran kediaman Perdana Menteri Israel di Baitulmuqaddis, kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Sayap bersenjata Hamas, Briged Al-Qassam tidak mahu memberi ‘sebarang jaminan’ mengenai keadaan tebusan yang ditahan sekiranya tentera Israel terus mendekati lokasinya di Gaza.

Jurucakap Hamas, Abu Ubaida berkata, amaran baharu itu dikeluarkan kepada anggota kumpulan berkenaan selepas operasi menyelamat tebusan oleh tentera Israel pada Jun lalu.

Beliau tidak memberikan butiran yang dimaksudkan, namun menyalahkan keengganan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mempersetujui gencatan senjata dengan Hamas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Desakan Netanyahu untuk membebaskan tahanan melalui tekanan ketenteraan dan bukan perjanjian, bermakna tebusan akan dikembalikan kepada keluarga mereka dalam keadaan mati,” katanya seperti dilapor Reuters.

Perkembangan terbaharu itu berlaku beberapa hari selepas tentera Israel menemukan mayat enam tebusannya dari sebuah terowong di Rafah.

Tentera Israel mendakwa, mangsa ditembak mati kumpulan pejuang dalam satu operasi oleh pasukannya untuk membebaskan tahanan.

Pada masa itu, tentera Israel membebaskan empat tebusan dalam serbuan yang mengakibatkan kematian puluhan rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Netanyahu dalam satu sidang akhbar kelmarin mendakwa, enam tebusan tersebut ditembak di bahagian belakang kepala oleh pejuang Hamas.

Pegawai kanan Hamas, Sami Abu Zuhri dalam reaksinya menegaskan, tuduhan Netanyahu adalah cubaan untuk melarikan diri daripada bertanggungjawab terhadap kematian tebusan.

Israel dan Hamas gagal mencapai persetujuan menghentikan perang dan membebaskan tahanan kerana kedegilan Tel Aviv yang bertegas mahu mengakhiri perang hanya selepas kumpulan pejuang dikalahkan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini