Isu 3R: 66 keterangan saksi diambil, kertas siasatan Muhyiddin diserah pada AGC

Isu 3R: 66 keterangan saksi diambil, kertas siasatan Muhyiddin diserah pada AGC

Tan Sri Razarudin Husain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan membabitkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung ucapan yang didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Nenggiri (DUN) akan dihantar kepada Peguam Peguam Negara (AGC) hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini seramai 66 saksi diambil keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Hari ini, pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman telah selesai mengambil keterangannya dan beliau telah menjawab semua soalan diberikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan itu, kertas siasatan kes tersebut akan diserah kepada AGC untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu menyerahkan beberapa dokumen kepada polis bagi membantu siasatan berhubung ucapan beliau didakwa institusi Raja semasa berkempen bagi PRK DUN Nenggiri.

Beliau berkata, antara dokumen diserahkan adalah surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat bertarikh 20 November 2022 mengandungi titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16 yang meminta Ahli Dewan Rakyat mendapat sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri.

“Saya juga menyerahkan 115 Akuan Berkanun Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang diserahkan kepada Istana Negara pada 21 November 2022.

“Satu lagi Surat Akuan Penerimaan Akuan Berkanun daripada Setiausaha Sulit Kanan baginda, Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd. Alim yang mengesahkan beliau menerima dokumen itu,” katanya.

Proses rakam keterangan berlangsung selama satu jam di pejabatnya di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), di sini.

Kelmarin, media melaporkan polis menerima sebanyak 30 laporan polis berhubung ucapan Muhyiddin yang didakwa menyentuh isu 3R ketika berkempen bagi PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.

Razarudin dilaporkan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Sebelum itu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas tindakan Muhyiddin yang dilihat secara sengaja dan sinis mempertikaikan peranan Al-Sultan Abdullah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Justeru, baginda mahu PDRM mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini