68 juta penduduk Afrika sengsara kesan kemarau

68 juta penduduk Afrika sengsara kesan kemarau

PENDUDUK Bulawayo di Zimbabwe berdepan krisis bekalan air ekoran cuaca panas tahun ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HARARE: Lebih 68 juta penduduk di benua Afrika kini berdepan krisis bekalan makanan dan minuman ekoran kesan akibat fenomena El Nino yang menyaksikan kemerosotan pengeluaran tanaman dan ternakan di beberapa negara.

Zimbabwe, Malawi dan Zambia adalah antara negara di bahagian benua Afrika yang paling terjejas akibat kekurangan zat makanan yang disebabkan oleh kemarau pada awal tahun ini.

Setiausaha Eksekutif bagi Organisasi Pembangunan untuk Komuniti Selatan Afrika (SADC), Elias Magosi berkata, 17 peratus daripada populasi penduduk di rantau tersebut, memerlukan bantuan dengan segera.

“Musim hujan 2024 merupakan musim yang agak mencabar dengan kebanyakan bahagian di rantau ini mengalami kesan negatif fenomena El Nino yang mempengaruhi hujan di sini,” katanya.

Kenyataan itu dibuat susulan pertemuan ketua negara bagi 16 anggota SADC di Harare, Zimbabwe bagi membincangkan isu serantau termasuk isu keselamatan makanan.

Pertemuan itu juga berkemungkinan bakal membincangkan cara untuk mendapatkan lebih banyak pembiayaan dan bantuan makanan kepada negara yang terjejas.

Pada awal Jun, Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa (PBB) memberitahu berkenaan kesan buruk kemarau, terutamanya kepada masyarakat di negara-negara Afrika yang kini terdedah kepada kekurangan makanan.

“Komuniti luar bandar yang kami temui di lapangan memberitahu kami mereka tidak pernah melihat perkara seperti ini. Mereka amat bimbang tentang masa depan mereka,” kata penyelaras Krisis Iklim PBB untuk tindak balas El Nino, Reena Ghelani.  

Bahagian selatan Afrika mencatatkan purata hujan paling sedikit iaitu hanya 20 peratus sahaja manakala suhu beberapa darjah juga melebihi purata kebiasaannya, demikian menurut PBB.  

Sebelum ini, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, kepanasan melampau yang didorong oleh krisis iklim dilihat semakin menjejaskan pembangunan ekonomi dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di benua Afrika.–AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×