Doktor di India mogok 24 jam, protes kes rogol di Kolkata

Doktor di India mogok 24 jam, protes kes rogol di Kolkata

PAKAR dan pelajar perubatan mengadakan protes di New Delhi kelmarin, bagi membantah kejadian rogol dan pembunuhan seorang doktor di Kolkata, minggu lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Hospital dan klinik di seluruh India menolak pesakit bukan kecemasan semalam, berikutan pakar perubatan memulakan penutupan 24 jam sebagai protes terhadap kejadian rogol dan pembunuhan seorang doktor di bandar timur Kolkata.

Lebih sejuta doktor menyertai mogok itu, menyebabkan perkhidmatan perubatan di negara paling padat penduduk di dunia terhenti.

Persatuan Perubatan India (IMA) berkata, mogok yang bermula pada pukul 6 pagi (waktu tempatan) menghentikan prosedur perubatan elektif dan konsultasi pesakit luar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut hospital, kakitangan fakulti dari kolej perubatan dipanggil bertugas bagi menguruskan kes-kes kecemasan.

Dalam kejadian minggu lalu, doktor pelatih berusia 31 tahun dirogol dan dibunuh di dalam sebuah kolej perubatan di Kolkata tempat dia bekerja, mencetuskan bantahan dalam kalangan doktor di seluruh negara.

Insiden itu menggambarkan persamaan dengan kes rogol dan bunuh terhadap seorang pelajar berusia 23 tahun dalam sebuah bas yang sedang bergerak di New Delhi pada 2012.

IMA menyifatkan insiden pembunuhan itu sebagai kes jenayah berskala kejam kerana kekurangan ruang selamat untuk wanita dan menggesa sokongan negara dalam menuntut keadilan.

Kumpulan doktor terbesar negara itu turut menyenaraikan beberapa tuntutan, termasuk pengukuhan undang-undang untuk melindungi kakitangan perubatan daripada keganasan, meningkatkan tahap keselamatan di hospital dan mewujudkan ruang selamat untuk berehat.- BBC

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini