Lelaki pecah masuk dua kondominium di Sentul ditahan

Lelaki pecah masuk dua kondominium di Sentul ditahan

AHMAD Sukarno Mohd. Zahari (tengah) menunjukkan barangan kemas yang dicuri hasil kegiatan pecah masuk dua kondominium di Sentul. - UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat sembilan kes pecah rumah di Residensi Sky Awani 1 dan Sky Awani 2 di Sentul di sini pada 8 Ogos lalu.

Lelaki berusia 26 tahun dikenali sebagai Azmal ditahan sepasukan polis Risikan/ Operasi/ Rekod Jenayah, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di Kampung Baru dekat sini kira-kira pukul 9.30 malam.

Kegiatan lelaki itu terbongkar apabila jenayahnya turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) hingga tular di sebuah premis di residensi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki pada 8.50 pagi, 1 Ogos lalu membabitkan kediamannya di Batu Muda dekat sini yang dipecah masuk suspek pada 31 Julai.

Katanya, siasatan mendapati sindiket tersebut bergiat aktif sejak awal tahun ini dipercayai dilakukan lelaki itu secara sendiria dengan menyasarkan dua kondominium di sekitar Sentul.

“Suspek akan memanjat tembok batu di ruang jalan kaki dan masuk melalui pintu dapur rumah mangsa yang tidak berkunci sehingga tiada tanpa pecah masuk rumah.

“Bagaimanapun, tindakan lelaki itu berjaya dirakam CCTV kediaman tersebut dan membawa kepada penahanannya di Kampung Baru pada 8 Ogos lalu,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Sentul di sini hari ini.

Menurut Ahmad Sukarno, siasatan lanjut mendapati suspek tidak tinggal di kondominium terbabit dan masuk ke dengan mengikut penduduk premis tersebut dengan mensasarkan barangan berharga antaranya barang kemas serta elektronik.

Katanya, suspek akan memajak barang kemas serta menjual semula barangan elektronik hasil kegiatan jenayahnya.

Jelas beliau, melalui tangkapan itu, pihaknya turut merampas dua telefon bimbit, salinan pajak gadai, pelbagai barangan kemas dan kad akses kondominium terbabit.

“Kita percaya kad akses yang dirampas daripada lelaki itu diambil daripada salah sebuah rumah yang dipecah masuk.

“Dengan tertangkapnya suspek, kita berjaya menyelesaikan sembilan kes pecah rumah di sekitar Sentul dengan kerugian RM80,000,” katanya.

Tambahnya, suspek direman sehingga 16 Ogos ini dan pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai dua kes lampau.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan serta Seksyen 457 KK (pecah rumah),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×