Mayat ditemukan di Sungai Klang dipercayai abang penyanyi yang hilang - Utusan Malaysia

Mayat ditemukan di Sungai Klang dipercayai abang penyanyi yang hilang

Mayat Nidza Afham
MAYAT seorang lelaki ditemukan dekat Sungai Klang dipercayai Nidza Afham, berhampiran Jambatan Kota, di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Mayat seorang lelaki dipercayai ditemukan dekat Sungai Klang berhampiran Jambatan Kota, di sini, petang tadi dipercayai abang penyanyi, Aufahanie, Nidza Afham yang dilaporkan hilang sejak semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang memaklumkan penemuan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan lelaki yang dilaporkan hilang itu.

“Ya. Dipercayai adalah abang penyanyi yang dilaporkan hilang semalam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor dalam maklumannya mendedahkan penemuan mayat dekat lokasi berkenaan, namun enggan mendedahkan perincian penemuan terbabit dan meminta pemberita mendapatkan pengesahan daripada polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat, namun memberitahu akan memberikan maklumat lanjut berhubung pengesahan identiti mayat berkenaan.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan polis sedang giat mengesan abang kepada penyanyi, Aufahanie, Nidza Afham yang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke Stadium Sultan Sulaiman, di sini, petang semalam.

Hoong Fong berkata, polis menerima laporan daripada ahli keluarga lelaki berusia 23 tahun itu berkenaan kehilangan lelaki berusia 23 tahun itu di Balai Polis Klang pada pukul 4.22 pagi tadi.

Aufahanie yang juga penyanyi Geming Jiwa menerusi Instagramnya meminta orang ramai mendoakan keadaan abangnya.

Berita lanjut menyusul. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×