BANGKOK: Tugas Perdana Menteri Thailand akan dipangku Timbalan Perdana Menteri, Phumtham Wechayachai yang merangkap Menteri Perdagangan sementara pelantikan baharu.
Memetik laporan Channel News Asia, setiap parti kerajaan perlu mencalonkan individu untuk menjadi pengganti Srettha Thavisin yang dipecat sebagai Perdana Menteri kerana didapati bersalah melanggar etika kerana melantik seseorang individu yang pernah disabit bersalah sebagai menteri.
Bagaimanapun, calon tersebut perlulah mendapatkan sokongan ahli-ahli Parlimen sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri.
Justeru Thailand bakal mendapat Perdana Menteri yang baharu dalam tempoh 18 bulan selepas pilihan raya umum yang berlangsung pada Mei 2023.
Sebelum ini, terdapat tiga nama disebut-sebut bagi menggantikan Srettha.
Maka Pheu Thai selaku parti terbesar dalam blok kerajaan perlu melantik dalam kalangan ahli parlimennya untuk menjadi Perdana Menteri dan nama tunggal adalah Ketua Parti itu sendiri, Paetongtarn Shinawatra yang merupakan anak kepada Thaksin.
Memetik laporan Reuters, dua nama lain sesuai adalah Timbalan Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul yang merupakan Ketua Bhumjaithai Party selaku parti kedua terbesar dalam kerajaan.
Seorang lagi nama adalah bekas Timbalan Perdana Menteri, Prawit Wongsuwan dari Parti Palang Pracharath iaitu parti terbesar ketiga dalam blok kerajaan.
Namun Thai PBS melaporkan, satu nama dicalonkan bukan sahaja perlu mendapat sokongan ahli-ahli Parlimen Kerajaan, malah 250 senator yang dilantik tentera seperti mana ditetapkan Perlembagaan Thailand.
Jika tidak, calon itu bakal senasib bekas pemimpin Parti PaMove Forward, Pita Limjaroenrat yang gagal menjadi Perdana Menteri Thailand selepas tidak mendapat sokongan meyakinkan lebih separuh daripada 750 ahli Parlimen dwidewan walaupun partinya menang besar dalam pilihan raya.
Terdahulu, Mahkamah Perlembagaan Thailand memutuskan Srettha dipecat sebagai Perdana Menteri setelah didapati bersalah melanggar etika kerana melantik seseorang individu yang pernah disabit bersalah sebagai menteri.
Keputusan itu diputuskan dengan 5-4 dengan lima hakim menyokong aduan dikemukakan manakala empat menolak sekali gus Thailand perlu melantik Perdana Menteri yang baharu dalam tempoh 18 bulan selepas pilihan raya umum yang berlangsung pada Mei 2023.-AGENSI











