Dr. Zaliman dilantik semula Naib Canselor UniMAP

Dr. Zaliman dilantik semula Naib Canselor UniMAP

DR. ZALIMAN SAULI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lt. Kol. Datuk Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Ogos 2024 hingga 8 Ogos 2026.

Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan memberitahu, Dr. Zaliman telah menerima watikah pelantikan semula daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Menurutnya, Dr. Zaliman merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Fizik dari Universiti Teknologi Malaysia pada 1991 sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Semikonduktor Bahan dan Peranti di University of Surrey, United Kingdom pada 1995, dan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Mikroelektronik di UniMAP pada 2012.

“KPT yakin dengan pelantikan semula ini, Dr. Zaliman dapat meneruskan perancangan bagi memenuhi aspirasi dan hala tuju UniMAP dalam memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terutama dalam teknologi baharu industri semikonduktor untuk melahirkan graduan TVET sedia industri,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×