Sunisa kaut tiga pingat selepas 8 bulan 'terbaring'

Sunisa kaut tiga pingat selepas 8 bulan ‘terbaring’

SUNISA Lee ketika bertanding dalam gimnastik artistik balok imbangan akhir wanita Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Bercy, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Atlet gimnastik Amerika Syarikat (AS), Sunisa Lee mempamerkan kebangkitan luar biasa dengan meraih tiga pingat di Sukan Olimpik Paris 2024 selepas lapan bulan terlantar akibat penyakit buah pinggang.

Sebelum ini, Sunisa menganggap kariernya dalam sukan berkenaan sudah berakhir namun, sokongan daripada pelbagai pihak telah mengubah segalanya dengan dia mampu beraksi cemerlang di Olimpik Paris.

Dalam aksi di Paris, Sunisa meraih emas dalam acara berpasukan selain turut mengutip dua gangsa menerusi acara keseluruhan (all-around) serta palang bertingkat.

“Saya kini semakin baik dan pulih dengan bantuan pasukan saya dan doktor. Memiliki sistem sokongan pastinya banyak membantu saya kerana saya pernah mahu menyerah kalah,” kata Lee.

Ketika edisi Tokyo 2020, Sunisa terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara berpasukan selepas ketua mereka, Simone Biles menarik diri setelah berdepan masalah kesihatan mental.

Bagaimanapun, mereka menebus kekecewaan semula di Paris apabila merangkul emas pada acara berpasukan.

“Saya rasa sangat hebat. Saya sangat bangga kerana dapat mengatasi segala-galanya dan tidak pernah menyerah kerana tiada apa yang lebih gembira dengan prestasi saya di pentas Olimpik ini, apatah lagi hanya untuk layak ke Olimpik,” katanya.

Menurut Sunisa, rakan sepasukan di Paris termasuk Simone Biles, Jordan Chiles, Jade Carey dan pendatang baru Hezly Rivera sentiasa memberi dorongan kepadanya untuk percaya pada diri sendiri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×