Binastra peroleh kontrak RM160 juta di Damansara Perdana

Binastra peroleh kontrak RM160 juta di Damansara Perdana

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Binastra Corp Bhd. (Binastra) memperoleh kontrak sebanyak RM160 juta untuk merobohkan dan membina kompleks pejabat di Damansara Perdana daripada Dynamicz Sdn. Bhd.

Dalam pemfailan di Bursa Malaysia, syarikat pembinaan itu berkata, kontrak tersebut diperoleh melalui anak syarikat milik penuhnya, Binastra Builders Sdn. Bhd.

Katanya, kontrak itu meliputi perobohan dan pembinaan kerja bangunan utama yang terdiri daripada empat tingkat pejabat (560 unit) serta dua tingkat bawah tanah yang dijangka siap pada 30 Julai 2026.

“Kontrak ini dijangka menyediakan aliran pendapatan tambahan untuk kumpulan dalam tempoh tiga tahun kewangan akan datang.

“Ia tidak akan memberi kesan ke atas modal saham terbitan syarikat tetapi dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2025 hingga 2027,” katanya.

Binastra, sebelum ini dikenali sebagai Comintel Corp Bhd., keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) pada September tahun lalu dan menjalani penjenamaan semula di bawah Pengarah Urusan dan pemegang saham utama Datuk Tan Kak Seng yang menjadi pemegang saham pada Disember 2022.

Beliau yang juga pemegang saham besar pemaju hartanah Maxim Global Bhd. telah menjadi Pengarah Urusan Binastra sejak Januari 2023.

Dengan perolehan baharu itu, kumpulan itu kini mempunyai buku pesanan tertunggak kira-kira RM1.76 bilion.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×