KUALA LUMPUR: Pelakon, Shukri Yahaya, menolak sangkaan yang kononnya dia perlu meminta keizinan isterinya, Tya Adnan sebelum bergandingan dengan mana-mana pelakon wanita dalam drama atau filem.
Kata Shukri, meskipun Tya seorang yang bersifat cemburu, namun dia tidak pernah campur tangan dalam urusan kerjaya pelakon tersebut.
“Perempuan mana yang tak cemburu, tetapi dia tak adalah sehingga menghalang saya berlakon dengan mana-mana pelakon wanita, apatah lagi menyaring dengan siapa saya bergandingan, tidak.
“Sebagai suami, saya sendiri yang kena tahu batas. Saya tahu apa perkara yang isteri saya tak suka.
“Apa pun isteri saya memilih untuk tidak menonton lakonan saya. Kalau ada perkara yang membuatkan dia tak gembira, saya dapat baca daripada riak wajahnbya sahaja,” kongsinya.
Shukri ditemui sewaktu sesi bersama media untuk drama Hai Cinta Dengarkanlah di Sri Pentas baru-baru ini.
Pelakon berusia 36 tahun itu dalam pada itu tidak menafikan ada menyenaraikan beberapa pelakon wanita yang dielakkannya untuk bergandingan bersama dalam drama atau filem.
“ya, ada,” jawabnya ringkas.











