34 PATI ditahan dalam Op Selera, Op Belanja

34 PATI ditahan dalam Op Selera, Op Belanja

ANTARA pendatang asing tanpa izin ditahan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dalam Op Selera dan Op Belanja di Jalan Ipoh hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 34 Pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja secara haram di deretan kedai berhampiran Kompleks Damai, Jalan Ipoh, di sini ditahan Jabatan Imgresen (Imigresen) Kuala Lumpur, petang tadi.

Op Selera dan Op Belanja bermula pukul 5 petang itu turut menyaksikan pelbagai helah cuba dilakukan PATI bagi mengelak daripada dicekup.

Difahamkan, beberapa premis runcit menjual bungkusan sireh, dilengkapi dengan kolam tangki ikan serta beberapa sangkar berisi ayam dan itik hidup.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang daripada pekerja memaklumkan, kebanyakan pengunjung terdiri daripada warga asing.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, seramai 34 pendatang tanpa izin ditahan dalam serbuan tersebut.

Katanya, risikan selama dua minggu serta aduan orang awam membawa kepada serbuan tersebut.

“Tangkapan membabitkan 33 lelaki dan seorang wanita terdiri daripada warga Nepal, Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan India.

“Kesemua mereka berusia berusia lingkungan 30 hingga 63 tahun berperanan sebagai pekerja kedai runcit, tukang gunting rambut, pelayan restoran dan tukang masak.

“Mereka akan dibawa ke Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi proses dokumentasi bagi siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wan Mohammed Saupee berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×