Berlaku pertelingkahan sebelum Nur Farah Kartini dibunuh - Utusan Malaysia

Berlaku pertelingkahan sebelum Nur Farah Kartini dibunuh

Zayn Rayyan
Datuk Hussein Omar Khan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan berlaku pertelingkahan antara bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah dengan teman lelakinya sehingga menjurus kepada motif pembunuhan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata kepada Utusan Malaysia, siasatan polis berpandukan keterangan suspek yang direman semalam.

Kata beliau, siasatan masih dijalankan bagi memastikan sama ada benar mangsa maut dicekik atau dilemaskan oleh suspek.

“Polis masih menunggu keputusan bedah siasat dan analisa makmal,” katanya ketika dihubungi.

Tambah beliau, pasukan penyiasat masih dalam proses mencari bahan bukti termasuk barang peribadi mangsa seperti telefon dan rantai milik mangsa.

Terdahulu, suspek berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Kontinjen Perak telah direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Siasatan awal polis mendapati tempat penemuan mayat merupakan lokasi kejadian utama.

Mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemui di kawasan ladng kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira pukul 6 petang, pada Isnin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×