Keadaan mayat reput, punca kematian belum dapat disahkan - Utusan Malaysia

Keadaan mayat reput, punca kematian belum dapat disahkan

Pukul kekasih
HUSSEIN Omar Khan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah, 25, masih belum dapat disahkan disebabkan keadaan mayat wanita tersebut yang reput di bahagian dada dan muka.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihak Pakar Patalogi Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal ke atas beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat.

“Buat masa ini pakar tidak dapat sahkan sebab kematian kerana mayat yang sudah reput terutama di bahagian dada serta muka.

“Selepas dapat keputusan analisis makmal, barulah pakar dapat putuskan sebab kematian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Dalam pada itu, Hussein turut mengesahkan sebuah kereta milik suspek telah dirampas untuk siasatan lanjut.

“Polis ada merampas sebuah kereta jenis Toyota milik suspek,” katanya.

Isnin lalu, media melaporkan mayat Nur Farah Kartini ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira pukul 6 petang.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis ditahan pada hari yang sama.

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 11 Julai lalu, mangsa dilaporkan mangsa hilang susulan satu laporan polis bersangkut kes Tanjung Malim, Perak, selepas dikatakan menghantar kereta sewa di Taman Universiti, Tanjung Malim pada sehari sebelum.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×