PM mahu jumpa keluarga Teoh Beng Hock

PM mahu jumpa keluarga Teoh Beng Hock

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan berjumpa dengan keluarga mendiang Teoh Beng Hock yang ditemui mati pada 16 Julai 2009, dalam masa terdekat.

Anwar berkata, beliau mengambil maklum insiden yang berlaku di luar Parlimen hari ini melibatkan keluarga mendiang Beng Hock.

“Saya beri jaminan akan berjumpa dengan mereka dalam masa terdekat dan meneliti memorandum tuntutan,” katanya menerusi satu hantaran di laman X.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan, sekumpulan aktivis yang menuntut keadilan atas kematian Beng Hock disekat daripada menghampiri bangunan Parlimen di ibu negara.

Menurut laporan itu, polis dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) membuat rantaian manusia bagi kira-kira 100 meter sebelum pagar Parlimen.

Laporan itu turut menyebut, Persatuan Teoh Beng Hock Untuk Kemajuan Demokrasi asalnya mahu menyerahkan memorandum di pagar mahkamah, namun mereka diberitahu supaya mendapatkan kebenaran kerajaan terlebih dahulu.

Beng Hock yang merupakan Setiausaha politik kepada EXCO Selangor daripada DAP ditemui mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan sama.

Pada 21 Julai 2011, Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kematian Beng Hock memutuskan bahawa kematiannya akibat membunuh diri.

Pada 2014, Mahkamah Rayuan memutuskan kematian mendiang akibat tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×