Anwar ucap tahniah kepada Starmer

Anwar ucap tahniah kepada Starmer

Keir Starmer
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Keir Starmer berikutan kemenangan besar Parti Buruh dalam pilihan raya umum United Kingdom (UK).

Perdana Menteri berkata, beliau melahirkan kesediaan untuk bekerjasama dengan Starmer dan pasukannya dalam membangunkan hubungan strategik baharu antara Malaysia dan UK pada masa hadapan.

“Hubungan strategik baharu yang dibina atas keterangkuman, kesaksamaan, saling hormat-menghormati, hubungan manusia dengan manusia dan visi bersama untuk masa depan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu media melaporkan, Parti Buruh menepati ramalan apabila memenangi Pilihan Raya UK 2024 selepas meraih majoriti mudah dan kini dalam proses untuk memenangi majoriti Parlimen yang besar.

Parti pembangkang tersebut menumbangkan pemerintah Konservatif yang berkuasa selama 14 tahun sekali gus bakal menyaksikan Starmer menjadi Perdana Menteri UK yang baharu.

Dalam masa sama, Anwar memberitahu, kerjasama antara Malaysia dan UK adalah sesuatu terjalin melalui sejarah dan diperkukuh oleh ikatan rapat persaudaraan.

“Perjanjian Pertahanan Lima Negara dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) berfungsi sebagai asas untuk keselamatan bersama kita, meningkatkan kestabilan serantau dan memupuk kerjasama pertahanan yang lebih erat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×