Remaja perempuan dakwa dicabul rakan lelaki dikenali melalui Telegram - Utusan Malaysia

Remaja perempuan dakwa dicabul rakan lelaki dikenali melalui Telegram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun mendakwa menjadi mangsa cabul rakan lelaki dalam kejadian dalam sebuah kereta, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut sumber, kejadian sekitar pukul 1.30 tengah hari itu berlaku ketika mangsa meminta bantuan suspek untuk menghantarnya ke sebuah kolej di Changkat Lada.

Difahamkan, suspek datang bersama dua rakan lain untuk mengambil mangsa dengan menaiki sebuah kereta namun ketika dalam perjalanan, lelaki itu telah memeluk remaja terbabit dan cuba merabanya.

Mangsa yang terkejut telah menjerit dan meminta kenderaan itu diberhentikan di tepi jalan sebelum hadir ke balai polis untuk membuat laporan.

Difahamkan, mangsa mengenali suspek melalui aplikasi Telegram.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan mangsa. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN