3,000 kunjungi ceramah Ustaz Kazim di Teluk Intan

3,000 kunjungi ceramah Ustaz Kazim di Teluk Intan

ORANG ramai yang menghadiri ceramah agama Mohd Kazim Elias pada Malam Kesenian sempena Temasya Budaya Negeri Perak 2024 di Kompleks Menara Condong, Teluk Intan. – UTUSAN/ MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Semarak Islam bergema pada Malam Kesenian sempena Temasya Budaya Negeri Perak 2024 di Kompleks Menara Condong dengan kehadiran 3,000 pengunjung pada ceramah agama oleh pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias.

Menurut Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, Abd Rashid Abdullah, kehadiran pengunjung pada ceramah tersebut ternyata di luar jangkaan malah lebih istimewa mereka yang hadir dapat menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah di dataran tersebut.

“Kita ingin membuktikan walaupun menganjurkan program yang sarat dengan pelbagai aktiviti bermula 9 pagi hingga 11 malam bermula Khamis lalu namun kewajipan solat fardu tetap menjadi keutamaan.

“JKKN bukan sekadar mengenai kesenian semata-mata tetapi sama-sama dalam meningkatkan syiar Islam di negara ini.

“Malah, pengunjung dapat mempelajari cara-cara mengambil wuduk dengan betul selain mendengar ceramah yang amat memberikan motivasi,” katanya di sini.

Program Malam Kesenian itu turut dimeriahkan dengan aktiviti street dakwah, penyampaian 100 pek makanan percuma kepada pengunjung dan sebaran risalah keagamaan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Dalam pada itu, Abd Rashid berkata, Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional Sekolah Rendah turut menjadi medium untuk mengetengahkan bakat-bakat cilik dari sekolah rendah seluruh negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×