Pelukis tatu disyaki liwat pelanggan direman 4 hari

Pelukis tatu disyaki liwat pelanggan direman 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelukis tatu  yang ditahan kerana disyaki  meliwat pelanggan lelakinya semasa mangsa mendapatkan khidmat lukisan tatu  pada 25 Jun mempunyai dua rekod jenayah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, suspek berusia 37 tahun itu ditahan di rumahnya di Sungai Way pada pukul 8.12 malam tadi.

Menurut  beliau, semakan lanjut mendapati suspek memiliki dua rekod  jenayah.

“Siasatan lanjut mendapati suspek menggunakan modus operandi mencalitkan minyak ke atas anggota badan pelanggan sehingga mangsa tidak sedar diri sebelum suspek melakukan liwat,” katanya di sini.

Beliau berkata, suspek kini direman  empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan lanjut polis.

Dalam kejadian tersebut, mangsa berusia 24 tahun mendakwa tangan kanannya disapu minyak menyebabkan dia  tidak sedar apa yang berlaku.

Selepas tersedar dia mendapati dirinya dalam keadaan tidak berpakaian manakala berasa sakit di bahagian dubur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×