MAHB masih kekal milik Malaysia: PM

MAHB masih kekal milik Malaysia: PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dakwaan syarikat kepentingan negara, Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) akan dijual kepada pihak asing tidak perlu berbangkit kerana ia kekal milik Malaysia.

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, isu keselamatan pintu masuk negara itu masih dijamin terpelihara kerana lapangan terbang masih hak milik negara ini.

Beliau kemudian menepis dakwaan kononnya MAHB dijual kepada pemilikan syarikat asing kerana pegangan saham majoriti MAHB dikuasai Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu sebanyak 70 peratus, meningkat berbanding 40 peratus sebelumnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, jawatan pengurusan utama iaitu Pengerusi MAHB dan Ketua Pegawai Eksekutif MAHB juga masih diterajui rakyat Malaysia.

Anwar berkata demikian menjawab soalan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Mohd Shahar meminta Perdana Menteri menyatakan penjelasan terhadap keputusan konsortium syarikat pelaburan berkaitan kerajaan terhadap penjualan saham MAHB itu.

Sebelum ini, pelbagai pihak mempersoalkan hasrat MAHB menjual 30 peratus saham mereka kepada BlackRock yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel.

Di bawah pelaksanaan penswastaan ​​melalui konsortium yang dipanggil Gateway Development Alliance (GDA), Khazanah Nasional Bhd akan memegang 40 peratus kepentingan dalam MAHB, diikuti KWSP dengan 30 peratus dan selebihnya GIP dan Abu Dhabi Investment Authority.

Mereka juga menggesa kerajaan membatalkan perjanjian itu kerana hubungan Global Infrastructure Partners (GIP) dengan BlackRock, yang telah dituduh ‘mengaut keuntungan daripada pembunuhan beramai-ramai’ melalui kepentingannya dalam firma pertahanan AS yang didakwa mengeluarkan senjata yang digunakan oleh Israel.

Bagaimanapun GIP berkata, BlackRock tidak terbabit dalam rancangan menswastakan MAHB, di mana GIP dan Abu Dhabi Investment Authority akan memiliki 30 peratus saham dalam syarikat itu, dengan Khazanah holding memegang 40 peratus dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 30 peratus.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini