Objek diikat benang atas kubur bapa Muhyiddin

Objek diikat benang atas kubur bapa Muhyiddin

OBJEK yang diikat dengan benang dalam saiz yang kecil di atas kubur Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad di Bakri Batu 1, Muar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Objek diikat benang ditemui atas kubur Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad mengejutkan ahli keluarga yang menziarah pusara hari ini.

Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin ayah kepada Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi perkongsian video berdurasi 27 saat di TikTok, kelihatan banyak objek kecil tersebut di atas pusara yang dikutip oleh ahli keluarga di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 1, Muar.

Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, beliau sedih dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi perbuatan tersebut bertentangan dengan agama.

“Saya tidak tahu apa maksud orang yang melakukan perbuatan itu. Jika dilihat pada kepok tersebut memang tertulis nama Allahyarham ayah Tan Sri Muhyiddin.

“Malah, abang di dalam video yang tular itu juga merupakan keluarga Tan Sri Muhyiddin” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dr. Sahruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, mengutuk sekeras-sekerasnya perbuatan yang boleh mengganggu keharmonian apatah lagi ia salah disisi agama dan undang-undang.

“Saya minta ahli keluarga yang melihat kejadian itu agar segera membuat laporan polis.

“Pihak polis juga perlu mengambil tindakan bagi menjadi ketenteraman semua orang,” kongsinya.

Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin meninggal dunia pada 1975 pada usia 73 tahun.

Pada 1955, Allahyarham menerima Pingat Sultan Ibrahim sebagai pengiktirafan beliau sebagai seorang daripada 40 tokoh ulama Johor.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×