Tidak sempat sambut Aidiladha, lelaki maut dirempuh lori di Benta, Lipis - Utusan Malaysia

Tidak sempat sambut Aidiladha, lelaki maut dirempuh lori di Benta, Lipis

SEORANG penunggang motosikal maut dirempuh lori muatan tilam di Jalan Benta-Lipis, berdekatan bulatan pekan Benta di Lipis, Pahang. - FOTO/IPD LIPIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang penunggang motosikal maut akibat dirempuh sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Lipis-Benta berdekatan bulatan di pekan Benta di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi tersebut, mangsa, Mohamad Suhamel Ismail, 24, dalam perjalanan dari Kepong, Selangor untuk pulang ke Kampung Bertam, Gua Musang bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, esok.

“Ketika kejadian, sebuah lori membawa muatan tilam dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun dari Klang, Selangor dalam perjalanan ke Tanah Merah, Kelantan cuba mengelak sebuah kereta yang rosak di tengah bulatan berkenaan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan merempuh mangsa dan motosikalnya.

“Ketika kejadian mangsa dipercayai berhenti rehat berdekatan laluan tersebut. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di tempat kejadian,” katanya di Ibu pejabat polis Daerah di sini hari ini.

Ujar Ismail, kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×