Inisiatif ‘peneman’ bantu individu cacat penglihatan wukuf

Inisiatif ‘peneman’ bantu individu cacat penglihatan wukuf

NUR Gayah Jamhari (kiri) bersama  Nurul Hidayah ketika ditemui di Arafah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MINA: Gambar Kaabah dan suasana Padang Arafah yang dilihatnya sebelum buta kira-kira 20 tahun lalu, kekal dalam ingatan Nor Gayah Jamhari.

Gambaran lalu itu dibayangkannya ketika tawaf umrah apabila memasuki Mekah, selain ketika berada di kemuncak ibadah haji iaitu di Padang Arafah.

Walaupun sudah lama berlalu iaitu sejak daya penglihatannya diragut akibat sakit retina, keinginan Nor Gayah yang kini berusia 65 tahun untuk mengerjakan haji tidak pernah terpadam.

Justeru, apabila dibawa memasuki Masjidilharam dan berada di kawasan Padang Arafah, perasaan sayu dan terharu menyelubungi warga emas itu kerana tidak menyangka dipilih sebagai dhuyufurrahman.

“Saya pernah lihat Kaabah menerusi gambar dan selepas itu hanya berimiginasi tentang ibadat haji. Apabila berada di Padang Arafah , saya gunakan peluang sebaik mungkin untuk bermunajat. Saya mohon semoga Allah SWT terima ibadat saya yang banyak kekurangan dan sangat daif ini.

“Saya tahu dan yakin Allah akan letak saya di mana Dia mahu letakkan saya. Malah saya yakin apa yang terjadi itu adalah kerana dengan izin Allah SWT dengan mempunyai iktibar sendiri,” katanya ketika ditemui di Padang Arafah.

Nor Gayah yang berasal dari Slim River Perak melaksanakan ibadat wukuf menerusi inisiatif ‘peneman’ diwujudkan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

Menerusi inisiatif ini, setiap jemaah yang kurang sihat, pelupa dan uzur ditemani seorang petugas haji untuk melaksanakan wukuf.

Dalam pada itu, seorang peneman, Nurul Hidayah berkata, setiap petugas perlu memahami fungsi kerja sebenar iaitu memberi bimbingan dan membantu jemaah sehabis baik.

“Kita tahu apabila menjadi peneman, kita letak tugas utama dengan memberi fokus kepada warga emas.

“Paling penting warga emas tidak rasa keseorangan apabila melaksanakan ibadat haji lebih-lebih lagi sekiranya mereka datang seorang diri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×