Cuaca panas: Peniaga jual 7,000kg tembikai sehari

Cuaca panas: Peniaga jual 7,000kg tembikai sehari

LEBIH tujuh tan tembikai berjaya dijual sehari di gerai milik Joe Tembikai di tepi Jalan Tanah Putih Baru, dekat Batu 3 di Kuantan, Pahang terutama pada musim panas ketika ini. – UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Lapan tahun lalu, seorang penjual tembikai di tepi jalan Tanah Putih Baru di sini cukup sukar untuk menjual buah tersebut apabila 50 kilogram (kg) sehari pun dianggap terlalu banyak dan sukar dihabiskan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, peniaga terbabit, Tengku Faizullah Alam Shah Tengku Bahakeri Shah, 31, berkata, kini segalanya berubah apabila 7,000kg tembikai pun dianggap terlalu sedikit untuk dijual kerana bimbang mengecewakan pe­langgan ke gerainya setiap hari bagi membeli buah tersebut.

“Lapan tahun lalu, saya bermula dengan 50kg sahaja iaitu tak sampai 100 biji pun, lama kelamaan bertambah sikit demi sedikit.

“Dulu cukup perit hendak bagi habis 50kg itu, tetapi kini terutama pada musim panas ini, rezeki jualan tembikai melimpah ruah sehingga boleh mencecah lebih 20 tan sehari,” katanya di sini semalam.

Mengulas lanjut, Tengku Faizullah Alam Shah yang mesra dikenali sebagai Joe Tembikai berkata, pada musim panas ini, jualan tembikai jenis boci (tembikai merah tanpa biji) lebih mendapat sambutan berban­ding jenis-jenis lain antaranya seperti madu, black sweet, oblong dan kuning.

“Alhamdulillah, walaupun harga tembikai semakin meningkat kadangkala boleh mencecah sehingga RM4.50 sekilogram, saya tetap jual dengan harga mampu milik iaitu hanya sekitar RM2 hingga RM2.50 sahaja pada masa ini.

“Kalau tahun lalu buah tembikai boci gred B orang boleh jual pada harga serendah 80 sen sekilogram manakala gred A harga RM1.20 sekilogram tetapi sekarang sukar nak dapat. Namun saya boleh jual murah sebab dapat pun murah jadi jual pun dengan harga murah.

“Saya jual dengan harga rendah memandangkan saya berurusan sendiri dengan tuan kebun (pembekal) dari Setiu, Terengganu yang memiliki kebun tembikai seluas 32 hektar,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×