Raja Ema rindu menyanyi semula

Raja Ema rindu menyanyi semula

RAJA EMA Raja Ibrahim rindu ingin kembali ke persada seni selepas 37 tahun menyepi. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Penyanyi dan pelakon veteran, Raja Ema Raja Ibrahim mengakui rindu kembali me­nyanyi walaupun umurnya sudah menjangkau 57 tahun.

Penyanyi terkenal dengan lagu Jejaka Idaman menerusi album pertama pada 1985 itu berharap mendapat tawaran menyanyi dalam mana-mana majlis khususnya di Melaka.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, ibu tunggal dua anak itu yang menetap di Bukit Katil sejak pandemik Covid-19 berkata, dia meninggalkan bidang nya­nyian selepas merakamkan album Tidakkah Aku Menyintaimu pada 1989.

“Saya meninggalkan bidang nyanyian hampir 35 tahun tetapi terdetik di hati ingin menyanyi semula jika mendapat unda­ngan. Saya sebenarnya masih aktif menyanyi dan bidang ini tidak berkubur selagi ber­nyawa.

“Sementara dalam bidang lakonan jika ada tawaran saya kena lihat skrip, watak dan masa perjalanan lakonan kerana kini aktif berniaga biskut,” katanya yang kini menetap bersama dua anak lelakinya.

Anak kepada seniwati Allahyarham Yusni Jaafar itu berkata, beberapa bulan lalu, dia ada menerima tawaran berlakon drama, namun terpaksa menolaknya ke­rana bertembung dengan urusan perniagaan.

Jelasnya, selepas kurang menerima tawaran menyanyi dan berlakon, dia mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan menjual acar buah dan acar ikan masin pada 2018. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×