Zahid: Hanya yang setia jadi calon UMNO - Utusan Malaysia

Zahid: Hanya yang setia jadi calon UMNO

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO hanya akan memberi keutamaan kepada mereka yang setia kepada parti sebagai calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, tidak ada guna meletakkan calon yang ada tahap kemenangan tinggi tapi tiada kesetiaan kepada parti.

“Jika mereka mempunyai ta­hap kemenangan tinggi tapi tia­da kesetiaan, mereka akan jatuh sebagai kategori ‘lariyun’,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Ming­guan Malaysia dalam pertemuan di Ibu Pejabat UMNO di ibu negara baru-baru ini.

Katanya, UMNO sekarang berada di tahap mengenal pasti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, UMNO juga telah mengenal pasti calon yang akan bertanding dengan mengumpul data individu dalam kalangan masyarakat bertujuan memastikan mereka yang dipilih mempunyai kriteria termasuk sokongan pengundi dan setia yang tidak berbelah bahagi kepada parti.

“Kita ada maklumat yang cukup lengkap untuk menilai se­seorang itu,” katanya.

UMNO juga katanya telah meng­aktifkan ‘bilik perang’ sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) de-ngan persiapan itu sudah mencapai tahap 90 peratus.

Ahmad Zahid berkata, parti itu telah mengumpul dan meng­analisis data pilihan raya serta mengenal pasti kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang boleh dimenangi.

Menurut beliau, jentera pilihan raya UMNO telah disusun di seluruh pelosok tanah air me­rangkumi peringkat bahagian, negeri serta nasional.

“Saya ingin beritahu, ke­siap­siagaan kita berada di tahap lebih 90 peratus. Kita telah mengadakan bilik perang, kita telah bukan sekadar mengumpul, tetapi juga sudah menganalisis data pilihan raya. Kita telah kenal pasti kawasan retain dan regain,” katanya.

Mengulas ada kalangan pe­mimpin UMNO cenderung menyokong blok Perikatan Nasional (PN), katanya, kumpulan itu tidak demokratik kerana memilih tindakan menyokong Parti Pribumi Bersatu

Malaysia (Bersatu), walhal majoriti bahagian UMNO sebulat suara menolak kerjasama dengan parti itu.

“Orang itu tidak bersemangat demokratik. Bukan sahaja sebab majoriti bahagian dah sebulat suara tolak Bersatu, tapi sebab mereka juga adalah ahli Majlis Tertinggi (MT). Jadi, harus akur kepada MT,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak menolak kemungkinan ada ‘pengintipan dan perisikan’ telah dibuat bertujuan memintas gerak kerja UMNO.

Katanya, perkara itu dilakukan menggunakan peranti canggih yang dipasang bagi memintas komunikasi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×