Kempen Cabutan Siri WOW! Kasih SSPN, tawar hadiah sehingga RM100,000

Kempen Cabutan Siri WOW! Kasih SSPN, tawar hadiah sehingga RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan hadiah lumayan wang tunai berjumlah RM100,000 untuk 181 pemenang melalui Kempen Cabutan Siri WOW! Kasih.

Tempoh kempen yang bermula Rabu lepas sehingga 30 Jun ini menawarkan RM10,000 bagi seorang pemenang dan hadiah saguhati berjumlah RM500 untuk 180 pemenang.

Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, kempen diadakan bagi menghargai insan-insan bermakna dalam kehidupan seperti sambutan Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Guru yang bakal diraikan oleh masyarakat Malaysia.

“Untuk menyertai kempen ini, pendeposit hanya perlu membuka atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen.

“Setiap simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Prime akan mendapat satu cabutan, manakala bagi setiap simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Plus layak mendapat dua cabutan secara automatik,” katanya dalam kenyataan.

Lebih menarik, bagi pengguna myPTPTN, akan mendapat cabutan berganda manakala Pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan bersih RM50 melalui myPTPTN atau melalui potongan gaji atau debit terus, akan mendapat lima cabutan.

Bagi pendeposit Simpan SSPN Plus yang membuat simpanan bersih RM50 melalui myPTPTN atau melalui potongan gaji atau debit terus pula akan mendapat 10 cabutan.

Tambah Norliza, pendeposit Simpan SSPN yang menyertai kempen ini turut berpeluang menikmati pelbagai keistimewaan dan manfaat.

“Produk simpanan ini merupakan satu-satunya yang menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih sehingga RM8,000 setahun.

“Bukan itu sahaja, pendeposit akan mendapat perlindungan takaful, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif, simpanan dijamin kerajaan dan patuh syariah,” jelasnya.

Untuk rekod, sehingga 31 Mac 2024, deposit Simpan SSPN yang diterima adalah berjumlah RM17.75 bilion dengan akaun sebanyak 6.32 juta.

Orang ramai boleh melayari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my untuk maklumat lanjut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×