PARLIMEN: 7.16 juta akaun SSPN dibuka sejak 2004 

PARLIMEN: 7.16 juta akaun SSPN dibuka sejak 2004 

ZAMBRY ABD. KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 7,164,667 akaun Skim Simpan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) telah dibuka oleh rakyat Malaysia sejak 2004 hingga 30 September 2025 dengan jumlah keseluruhan deposit mencecah RM22.47 bilion.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, daripada jumlah itu, 6,031,204 akaun merupakan akaun Simpan SSPN Prime dengan deposit berjumlah RM20.33 bilion, manakala 1,133,473 akaun adalah akaun Simpan SSPN Plus melibatkan deposit sebanyak RM2.14 bilion.

“Pencapaian ini menunjukkan tahap keyakinan rakyat terhadap Simpan SSPN sebagai instrumen penabungan pendidikan yang selamat dan patuh syariah.

“Kementerian melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan terus memperkukuh promosi dan kesedaran awam mengenai manfaat Simpan SSPN bagi menggalakkan lebih ramai ibu bapa membuat persediaan kewangan awal untuk pendidikan anak-anak,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Kesavan Subramaniam (PH–Sungai Siput) yang meminta penjelasan mengenai tahap penerimaan Simpan SSPN setakat ini dari segi jumlah pembukaan akaun dan jumlah deposit terkini, susulan pengumuman dividen 4.05 peratus bagi 2024 iaitu kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×