Keselamatan dijamin sepanjang kempen

Keselamatan dijamin sepanjang kempen

SAIFUDDIN Nasution Ismail menyerahkan sumbangan kepada 119 kanak-kanak pada Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama Menteri Dalam Negeri dekat Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Kubu Baharu, di Hulu Selangor, Selangor, semalam. – UTUSAN / SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Polis memberi jaminan keselamatan orang ramai khususnya di Kuala Kubu Bharu sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) itu yang berlangsung sehingga 11 Mei ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, polis menguatkuasakan garis panduan standard pelaksanaan pilihan raya yang sudah diaktifkan seawal keputusan rasmi kekosongan kerusi dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, menerusi taklimat yang diterima daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dari semasa ke semasa bahawa keselamatan orang ramai termasuk di kawasan pilihan raya adalah terjamin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Orang ramai dan pengundi tidak perlu bimbang untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka, pasukan polis sudah menjalankan tugas dan melakukan persiapan dalam aspek terhadap keamanan serta ketenteraman awam.

“Kita mahu, pengundian itu berlangsung dengan baik, kita mahu pengundi bebas tanpa sebarang urusan ugutan atau bimbangkan tentang keselamatan diri, sambil itu kita mengingatkan semua pihak terlibat agar mematuhi aspek perundangan dan kita harap itu semua akan selesai dengan baik pada tarikh yang ditentukan,” katanya kepada pemberita, semalam.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim dilapor mengesahkan polis membuka satu kertas siasatan dan tiga laporan diterima setakat hari ini sepanjang tempoh kempen PRK Kuala Kubu Baharu.

Menurutnya, satu kertas siasatan dibuka, disiasat di bawah Seksyen 4(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Selain itu, beliau turut memaklumkan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor meluluskan 28 permit ceramah dan 25 permit kempen.

Dalam pada itu, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR turut menjelaskan beliau menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengambil tindakan terhadap Menteri Perumahan dan Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berhubung pengumuman peruntukan RM5.21 juta kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

“Itu kita serah kepada autoriti berkenaan. Tak ada masalah,” jawabnya ringkas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×