Polis sudah panggil 14 pelajar, guru kes pedofilia di MRSM Tumpat

Polis sudah panggil 14 pelajar, guru kes pedofilia di MRSM Tumpat

MUHAMAD Zaki Harun (tiga dari kanan) beramah mesra dengan tetamu di Majlis Sambutan Hari Raya di Dewan Tanjung, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, Kelantan-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Polis sudah memanggil 14 orang termasuk pelajar dan guru sudah dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang membabitkan seorang guru di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tumpat bulan lalu.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pada masa sama pihaknya sudah mengenal pasti penulis yang membuat hantaran di media sosial Instagram dan Facebook mengenai kes pedofilia yang membabitkan guru berkenaan.

“Kita masih lagi menunggu laporan perubatan ke atas beliau kerana dia pernah belajar di situ dan mungkin ada satu sebab lain menyebabkan penulisan itu dibuat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan teruskan siasatan dan mendapatkan pandangan daripada pihak doktor sebelum kita menghantar kertas siasatan kepada pendakwa raya. Setakat ini siasatan berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama daripada kedua-dua pihak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya di Dewan Tanjung, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.

Terdahulu, Polis Kelantan sudah mengenalpasti identiti penulis yang memuat naik hantaran di laman sosial berkait dakwaan berlakunya kes pedofilia melibatkan seorang guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat bulan lalu.

Muhamad Zaki berkata, penulis berkenaan merupakan seorang wanita dan siasatan berkait kes berkenaan masih berjalan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini