Myvi lawan arus dipandu warga emas - Utusan Malaysia

Myvi lawan arus dipandu warga emas

WAN MOHD. ZAHARI WAN BUSU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Polis mengesan kereta jenis Perodua Myvi yang melawan arus di Jalan Mahkota berhampiran Pasaraya Ekonomi Berjaya di sini seperti tular di laman Facebook, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, hasil siasatan video yang tular kira-kira pukul 11 pagi itu mendapati, Perodua Myvi terbabit dipandu seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun.

Katanya, turut bersama ketika kejadian seorang penumpang yang juga lelaki warga emas berusia 78 tahun.

“Susulan kejadian itu, satu laporan polis dibuat pada Ahad lalu sekitar pukul 6.40 petang berkaitan kejadian. Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

“Hasil siasatan mendapati pemandu dan penumpang mempunyai masalah kesihatan serta tidak lagi kompeten untuk memandu kenderaan,” katanya di sini hari ini.

Wan Mohd. Zahari berkata, satu notis saman di bawah Seksyen 79(2) APJ 1987 dikeluarkan atas kesalahan terbabit.

Beliau menasihatkan orang awam agar tidak melanggar peraturan lalu lintas yang membahayakan diri sendiri dan orang ramai.

“Pemilik dan pemandu kenderaan juga hendaklah memastikan tahap kesihatan diri berada dalam keadaan baik sebelum memandu kenderaan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan lalu lintas sehingga membahayakan nyawa diri dan pengguna jalan raya lain,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×