BATU PAHAT: “Jangan tekan-tekan, jumpa dalam gelanggang dengan gentlemen”.
Demikian kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulas mengenai sekatan yang dikenakan pihak lawan terhadap Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berjalan.
Beliau berkata, UMNO dan BN akan terus menyokong Kerajaan Perpaduan sehingga habis penggal ini dan memberi komitmen untuk melaksanakan perkara penting demi kebaikan rakyat.
“Tetapi apabila ada PRN di Johor dan Negeri Sembilan, janganlah tekan-tekan okay, janganlah sekat-sekat, nak masuk ‘kandang’ pun tidak boleh.
“Jumpalah dalam telanggang dengan gentleman, apa kita punya Facebook kena sekat, lagu kita di TikTok pun kena sekat, gentlemanlah lawan hingga menang,” katanya ketika menyampaikan ucapan di sini, hari ini.
Beliau hadir bagi merasmikan Majlis Pelancaran Jenter BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani dan Parit Raja di Tanjung Simpang, Tongkang Pechah.
Ahmad Zahid berkata, UMNO dan BN bukan sebuah parti yang lahir di jalanan tetapi iai ditubuhkan secara rasmi di Istana Johor.
“Artinya UMNO dan BN bukan parti jalanan, bukan parti demonstrasi serta bukan parti anak-beranak
“UMNO dan BN adalah parti masa depan, parti seluruh rakyat Malaysia demi rakyat ke seluruh rakyat
“Kita tidak dendam, marah-marah, sindir-sindir dan tidak kata sama-sama budak-budak,” katanya. – UTUSAN










