Perniagaan CTOS tidak terjejas dengan keputusan mahkamah - Utusan Malaysia

Perniagaan CTOS tidak terjejas dengan keputusan mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: CTOS Data Systems Sdn. Bhd. (CTOS) memaklumkan perkhidmatan mereka tidak terjejas dengan keputusan mahkamah terhadap syarikat itu baru-baru ini.

Ketua Pegawai Operasi CTOS, Lee Shin Mei, berkata syarikat itu hanya mematuhi Akta Agensi Penerbitan Kredit 2010 (CRAA) dalam menjalankan aktiviti perniagaan seharian.

Menurutnya, pihak CTOS menjalankan perniagaan pada masa kini seperti biasa dan tidak mempunyai sembarangan rintangan yang mengganggu perniagaan mereka.

“Kami hanya mengikuti segala panduan yang digariskan dalam CRAA untuk menjalankan perniagaan,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis pelancaran kerjasama di antara CTOS dengan AirAsia Academy.

Pada 11 Mac lalu, Mahkamah Tinggi telah memerintahkan CTOS untuk membayar RM200,000 sebagai ganti rugi am kepada Suriati Mohd Yusof yang memiliki sebuah resort di Pulau Perhentian atas penarafan kredit yang tidak tepat.

Sehubungan itu, keputusan Mahkamah Tinggi memutuskan CTOS tidak mempunyai sebarang kuasa untuk merumuskan skor kredit atau mencipta kriteria atau peratus untuk merumuskan skor kreditnya sendiri.

Sementara itu, berhubungan dengan kerjasama CTOS dengan AirAsia Academy dalam majlis tersebut, Shin Mei berkata, CTOS menyasarkan 2,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan menyertai program CTOS Verified.

Tambahnya, pihaknya juga menyasarkan agar lebih daripada 3,00 PKS dapat menyertai program tersebut menjelang akhir tahun 2024.

Katanya, ekoran CTOS baru sahaja memulakan program tersebut pada bulan lalu, setakat ini seramai 30 PKS yang mendaftar.

Justeru, langkah kerjasama strategik ini bertujuan untuk meluaskan jangkauan bagi memperkasakan lebih banyak perniagaan PKS untuk berkembang maju dalam landskap dinamik era digital,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×