Pertumbuhan jualan perdagangan  pengedaran dijangka 8.0%

Pertumbuhan jualan perdagangan  pengedaran dijangka 8.0% tahun ini

PERTUMBUHAN jualan perdagangan pengedaran pada tahun ini dijangka didiorong oleh permintaan domestik yang kukuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenanga Investment Bank Bhd. (Kenanga IB) mengekalkan unjuran pertumbuhan jualan perdagangan pengedaran pada 8.0 peratus pada tahun ini berbanding 7.7 peratus yang dicatatkan pada 2023.

Menurut nota penyelidikannya, firima menjangkakan ia akan didorong oleh permintaan domestik yang kukuh.

Katanya, pertumbuhan juga akan disokong oleh unjuran penurunan kadar pengangguran kepada purata 3.2 peraus tahun ini (2023; 3.4 peratus), di samping peningkatan dalam ketibaan dan perbelanjaan pelancong.

“Walau bagaimanapun, kami tetap berhati-hati dalam unjuran kami disebabkan ketidaktentuan dalam mekanisme rasionalisasi subsidi, yang berpotensi membebankan perbelanjaan pengguna dan seterusnya menjejaskan pertumbuhan jualan keseluruhan.

“Namun begitu, kami terus mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2024 pada 3.3 peratus (suku keempat 2023: 3.0 peratus) memandangkan permintaan domestik yang mampan, disokong oleh pemulihan dalam sektor pembuatan,” katanya.

Sementara itu, firma penyelidikan turut mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNK 2024 pada 4.5 hingga 5.0 peratus (2023: 3.7 peratus).

“Ini mencerminkan jangkaan kami untuk lantunan selanjutnya dalam sektor pembuatan, khususnya subsektor berorientasikan eksport,” ujarnya.

Kenanga IB berkata, pertumbuhan jualan perdagangan pengedaran berkembang ke paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan pada Februari pada 5.5 peratus tahun ke tahun.

“Walau bagaimanapun, per­tumbuhan bulan ke bulan menguncup -0.9 peratus untuk bulan kedua berturut-turut, walaupun pada kadar yang lebih kecil.

“Nilai jualan  pada RM141.1 bilion, jatuh sedikit berbanding Januari pada RM142.4 bilion,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×