Lidah bakar cicah air asam buat terliur

Lidah bakar cicah air asam buat terliur

LIDAH bakar mempunyai tekstur yang lembut dan kenyal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIDAH lembu terkenal sebagai makanan eksotik di Kelantan.

Kebiasaannya, ia dimasak dengan resipi masak merah, digoreng pedas atau dimasak sup.

Organ dalaman ini sebenarnya sudah menjadi menu paling popular dan kerap mendapat permintaan setiap kali penganjuran bufet Ramadan di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) dan Sime Darby Convention Centre (SDCC).

Berkongsi rahsia keenakan dan kelembutan lidah bakar, Cef Eksekutif, Cef Danny berkata, kesedapan lidah lembu yang dibakar itu terletak pada 12 jenis bahan perapan yang terdiri daripada campuran pelbagai herba.

“Ia perlu diperap semalaman selama 12 jam bagi memastikan lidah itu tidak liat ketika dimakan. Sajian ini juga dimasak menggunakan suhu api yang rendah bagi memastikan ia menjadi lembut ketika dihiris.

“Keunikannya adalah kita menggunakan air asam sebagai bahan pencicah berbanding tempat lain yang menggunakan sos kicap atau sos lain,” katanya semasa sesi pengenalan menu bufet Ramadan di KLGCC, baru-baru ini.

Pengalaman merasai sendiri lidah bakar buat kali pertama benar-benar mengujakan.

Teksturnya lembut kenyalkenyal apabila dimasak dan dibakar secara langsung. Air asam pula sangat bersesuaian menjadi pelengkap buat hidangan ini.

18 GERAI MAKANAN

Pelbagai jenis hidangan tempatan dan antarabangsa yang boleh dinikmati dari 18 gerai makanan yang disediakan oleh barisan tukang masak yang diketuai oleh Cef Eksekutif Bankuet, Chef Mohd Faisal Ismail.

Berbekalkan pengalaman hampir 20 tahun dalam bidang kulinari, beliau merupakan pakar dalam masakan tradisional Melayu yang kini berkhidmat selama lima tahun di SDCC.

Buat pertama kalinya, bufet juga menyediakan pilihan makanan bakar-bakar yang memberikan kebebasan kepada pengunjung untuk memilih menu makananan laut sendiri sebelum dimasak oleh cef bertugas.

Selain tempat letak kereta yang disediakan secara percuma, lokasi iftar ini juga menyediakan surau bagi kemudahan pelanggan.

Bagi mereka yang memilih untuk berbuka puasa dalam suasana lebih privasi dan intim, restoran Golfers Terrace di KLGCC menawarkan menu sundown set yang bersesuaian bagi empat orang dengan harga bermula daripada RM180.

Tawaran ini sah sehingga 7 April depan bermula dari pukul 5.30 petang hingga 8.30 malam setiap hari.

Selain itu, terdapat pakej Ramadan Feast bermula dari RM125 seorang untuk jamuan minimum 50 orang dalam satu tempahan di KLGCC atau
SDCC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×