SHAH ALAM: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) menyediakan bajet RM1.19 juta untuk menyediakan juadah berbuka puasa, moreh dan bersahur sepanjang Ramadan ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Shahzihan Ahmad berkata, perbelanjaan itu meningkat sedikit iaitu sekitar RM20,000 berbanding RM1.17 juta tahun lalu.
Beliau berkata, kenaikan kos hidup sejak kebelakangan ini menjadi faktor utama perantau dan warga Shah Alam mencari lokasi yang menyediakan juadah berbuka puasa, moreh dan bersahur secara percuma.
Sebagai masjid negeri selain menjadi tumpuan untuk beribadah, MSSAAS juga menjadi lokasi pengembara dan perantau berbuka puasa,moreh dan bersahur dengan juadah yang disediakan pihak masjid.
“Untuk berbuka puasa sahaja anggaran jemaah yang hadir di MSSAAS adalah seramai 2,500 orang,” katanya. – UTUSAN










