Lelaki patah kaki selepas cuba selamatkan rantai leher dari diragut - Utusan Malaysia

Lelaki patah kaki selepas cuba selamatkan rantai leher dari diragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tindakan seorang cuba menyelamatkan rantai lehernya yang diragut di Jalan 4/62a, Bandar Sri Menjalara, dekat sini menyebabkan kaki kanannya patah.

Kejadian kira-kira pukul 2.22 petang itu, satu laporan dibuat seorang wanita berusia 23 tahun.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, ketika kejadian wanita terbabit bersama teman lelakinya sedang berjalan di tepi kaki lima kedai namun diragut seorang lelaki yang menunggang motosikal.

“Suspek menarik rantai leher milik teman lelakinya menyebabkan mangsa bertindak mengejar peragut terbabit.

“Teman lelaki pengadu berjaya bergayut di belakang motosikal suspek, namun suspek bertindak memecut motosikalnya sehingga mangsa terjatuh dan terhentak di bahagian kepala serta patah kaki kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kini masih dalam trauma.

Ahmad Sukarno berkata, pihaknya mengesan beberapa klip video mengenai insiden itu tular di media sosial.

“Orang awam diminta tidak membuat sebarang spekulasi serta menyebarkan maklumat yang tidak tepat berkenaan insiden ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan,” jelasnya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat terhadap insiden ini boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul 03-40482222.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×