Bila kemasyhuran membutakan hati - Utusan Malaysia

Bila kemasyhuran membutakan hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CURANG, satu perkataan yang mungkin jika disebut ketika ini boleh menimbulkan ketegangan dalam perbualan. 

Bukan pergaduhan tetapi satu demi satu episod kecurangan akan dibicarakan semula. 

Tatkala ini juga, industri seni tempatan sedang menggelegak dengan isu membabitkan kecurangan, ‘penyondolan’ dan pelbagai lagi kisah rumah tangga yang tidak sudah-sudah mengundang kontroversi. 

Namun itu tidak bermakna peminat hiburan dunia Hollywood terkecuali daripada pelbagai kontroversi melibatkan kecurangan artis luar negara. 

Lebih menyeramkan sebenarnya! Ayuh kita senaraikan lima kontroversi dan dakwaan curang melibatkan artis Hollywood. Sampai ada tak kisah dan selamba mengaku curang pun ada.

KEVIN HART 

MUNGKIN ada benar kata segelintir wanita, lelaki itu kacak kerana lawak jenakanya. Ditambah pula dengan ketebalan dompet dan populariti, tidak hairan pelawak, Kevin Hart menjadi rebutan gadis-gadis ‘kaki kikis’. 

Bintang The Upside ini mendedahkan, dia pernah curang dengan isterinya, Eniko Hart ketika wanita itu sedang sarat mengandung. Dia mendedahkan perkara tersebut dalam satu temu bual radio pada 2017. 

Hart berkata, dia memohon maaf dengan isterinya kerana berlaku curang dan tidak akan menipu serta berlaku jujur dalam setiap perkara terutama apabila mengenangkan anak mereka, Heaven dan Hendrix. 

Pelakon itu juga pernah memuat naik video permohonan maaf secara rasmi di Instagram pada tahun sama sebagai usahanya untuk memujuk dan memohon kemaafan daripada isteri tercinta. Nasib baik Eniko maafkan!

TIGER WOODS 

SEKITAR 2010, nama Tiger Woods sememangnya cukup ‘dibenci’ wanita seluruh dunia selepas episod main kayu tiganya terbongkar. 

Bukan satu, tetapi lebih tiga wanita yang tampil mengaku pernah bersama pemain golf itu ketika dia masih suami orang. 

Tetapi keegoan Woods cukup tinggi kerana dia dalam satu temu bual tidak merasakan kecurangan itu satu kesalahan dan dia layak menikmati semua godaan selepas bekerja keras sepanjang hidup. 

Namun rumah tangga yang dibina berkecai di persimpangan jalan. Sudahnya, Woods menerima pelbagai kecaman dan cemuhan sehingga dia digugurkan daripada menjadi duta beberapa produk. Nasib badan lah ya.

Eric Benet and Halle Berry at the premiere of “Evelyn” at the Academy of Motion Pictures Arts and Sciences in Beverly Hills, Ca. Tuesday, Dec. 3, 2002. Photo by Kevin Winter/ImageDirect.

ERIC BENÉT 

PERNAH mendapat jolokan ikon bahagia, ternyata pasangan selebriti, Halle Berry dan Eric Benet juga seperti suami isteri lain, ada ujian dan ranjau sendiri. 

Selepas Benet ‘kantoi’ curang, Berry memfailkan perceraian. Tidak cukup itu, Benet juga dilaporkan dimasukkan ke program pemulihan ketagihan seks biarpun dia dalam satu kenyataan lain menafikan dakwaan tersebut. 

Dia juga mendakwa tidak pernah meniduri wanita lain sepanjang perkahwinan.

KRISTEN STEWART 

EPISOD ‘kantoi’ kali ini cukup menggegarkan industri hiburan dunia. Ketika gambar pelakon, Kristen Stewart mencium pengarah, Rupert Sanders tersebar pada 2012, nama wanita itu terus memburuk. 

Bayangkan dia ketika itu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Robert Pattinson dan peminat sememangnya mengharapkan kisah tersebut berakhir di pelaminan indah. 

Namun, sayang seribu kali sayang. Sekalipun dia cukup menyesali perbuatannya, namun sehingga kini, nama Kristen tidak dapat lari daripada dicop wanita gatal dan menerima padah yang berpanjangan kerana diboikot beberapa produser, pengarah dan peminat. Terlajak perahu boleh diundurkan…

JAY- Z 

NAMA komposer dan penyanyi terkemuka, Jay-Z tidak dapat lari daripada episod kecurangan. 

Bukan sekali malah berkali-kali sebenarnya dia ‘terkantoi’ curang dengan perempuan lain oleh isterinya, Beyonce. 

Namun sudah namanya cinta, Beyonce tetap memaafkan suaminya, bapa kepada tiga orang anaknya itu. 

Jelas Jay-Z, perjuangan isterinya itu amat dihargai dan tidak mungkin akan terganti. Walaupun peminat kurang senang dengan sikap acuh tak acuh dan ‘kebodohan’ Beyonce, namun penyanyi Listen itu tetap tidak berganjak dan mempertahankan rumah tangganya. Ikut kamulah Queen B.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×