Kempen Gaya Riang Raya selama sebulan di Sunway Carnival Mall

Kempen Gaya Riang Raya selama sebulan di Sunway Carnival Mall

CHAI Wen Yew (dua dari kanan) bersama Izhar Shah Arif Shah (dua dari kiri) ketika majlis perasmian kempen Gaya Riang Raya di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH: Bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, pusat beli belah terkemuka di sini, Sunway Carnival Mall mengambil inisiatif menganjurkan kempen bertemakan Gaya Riang Raya selama sebulan.

Kempen yang berlangsung antara 14 Mac hingga 14 April depan itu sarat dengan pelbagai aktiviti menarik dan ia diharap dapat memberikan satu pengalaman beli belah luar biasa kepada pengunjung di situ.

Pengurus Besar Sunway Carnival Mall, Chai Wen Yew berkata, hari raya bagi mereka melambangkan prinsip kekeluargaan, kemaafan serta permulaan bagi satu ‘nafas’ baharu.

“Dalam hal ini, Sunway Carnival Mall menawarkan suasana hari raya yang meriah dengan dekorasi yang indah sekaligus memupuk ikatan kekeluargaan yang lebih kukuh selain menyediakan satu lokasi yang ideal untuk membeli kelengkapan perayaan dan berbuka puasa bersama,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri perasmian kempen Gaya Riang Raya di pusat beli belah tersebut di Seberang Jaya yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Izhar Shah Arif Shah, semalam.

Sempena kempen Gaya Riang Raya itu juga, pengunjung Sunway Carnival Mall berpeluang memperoleh pelbagai hadiah menarik termasuk hamper serta cenderamata daripada jenama terkenal termasuk Famous Amos, Jaya Grocer, Pandora, Bath & Body Works dan sebagainya.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang melawat Agrofiesta Aidilfitri yang menawarkan pelbagai produk atau juadah menarik daripada 19 gerai pameran yang mengambil bahagian hasil kerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Aktiviti lain yang turut berlangsung sepanjang Gaya Riang Raya itu ialah ‘Raya Art & Craft Kids Workshop’, persembahan angklung, persembahan tarian tradisional Melayu, gamelan dan lain-lain.

Dalam pada itu, Izhar Shah ketika berucap sempena perasmian kempen itu berkata, sejak dibuka kepada umum kira-kira 17 tahun yang lalu, Sunway Carnival Mall telah membuka banyak peluang pekerjaan khususnya kepada penduduk di sekitar Seberang Jaya.

Justeru, beliau berharap agar usaha murni yang diambil oleh pusat beli belah yang dimiliki oleh Kumpulan Sunway itu untuk menyumbang semula kepada komuniti dicontohi oleh pihak lain.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×