Polis minta wanita warga asing dakwa diraba 50 kali buat laporan

Polis minta wanita warga asing dakwa diraba 50 kali sehari buat laporan – Allaudeen

Datuk Allaudeen Abdul Majid
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Kuala Lumpur tidak menerima laporan berhubung  seorang wanita warga asing mendakwa dia diraba 50 lelaki sehari ketika berjalan di ibu negara.

Ia susulan seorang bekas wartawan warga asing menerusi laman media sosial X berkongsi pengalaman mengejutkan dengan  mendakwa terpaksa berdepan 50 lelaki tempatan yang cuba meraba payudaranya ketika berjalan dari Central Market ke Hotel Shangri-La, di sini.

Sehubungan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pemilik akaun tersebut diminta tampil ke mana-mana balai polis untuk membuat laporan berhubung dakwaan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut  beliau, sekiranya tidak bertindak demikian, kenyataan wanita tersebut dianggap fitnah dan pendedahannya  itu secara tidak langsung memburukkan nama Kuala Lumpur.

SEBARKAN

“Kalau betul ada kejadian (seperti didakwa) buat laporan polis. Jangan sebarkan perkara yang tidak benar dan tidak berasas. 

“Ini (dakwaan diraba 50 kali sehari) hanya menimbulkan rasa gusar dan ketakutan orang awam,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. 

Semalam, media melaporkan seorang bekas wartawan warga asing mendakwa, wanita berkulit putih tidak selamat berada di Kuala Lumpur kerana berpotensi dicabul bagi setiap dua minit sekali  jika berada di bandar raya ini.

Dakwaan itu dibuat susulan kisah tular pasangan pelancong asing yang berada di India mendakwa  bukan sahaja dia dipukul, malah teman wanitanya dirogol bergilir-gilir ketika berada di negara itu.

“India bukan satu-satunya tempat seperti ini. Seorang wanita kulit putih yang berjalan melalui Kuala Lumpur juga boleh menjangkakan payudaranya diraba kira-kira setiap dua minit sekali.

Dia kemudian  ‘berkongsi’ pengalaman berdepan dengan 50 lelaki yang dikatakan cuba meraba dirinya ketika  berjalan dari Central Market ke Shangri-La, di ibu kota.

Dakwa wartawan itu  lagi, dia  tinggal di Kuala Lumpur selama lapan tahun dan sentiasa diganggu begitu, sama seperti rakan wanitanya yang lain turut diganggu dengan perbuatan sama.

Susulan itu katanya, dia berpindah ke Singapura dan mula bawa payung besar serta memukul sesiapa sahaja yang memegang buah dadanya.

Wanita berkenaan terus bertegas dengan dakwaannya itu apabila orang ramai mula mempertikaikan pendedahan yang dianggap tidak berasas.

“Berjalan kaki dari Central Market ke Hotel Shangri-La pada suatu hari lalu lintas sangat teruk, saya memukul kira-kira 50 lelaki semuanya Melayu, cuba mencapai payudara saya. Ketika itu saya sedar, saya kena pindah,” dakwanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini